Keajaiban Air Wudhu
Setiap orang Islam samada tahu
atau tidak tentang khasiat wudhu ini, wajib menunaikan solat kerana solat
fardhu merupakan amalan pertama yang bakal ditanya.
1001 Fakta Keajaiban dan Kebaikan
Air Wudhu Solat | Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan
sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap
wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat
saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi,
tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat
sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di balik wudhu yang
membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan
hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara
keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air
segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka berarti orang akan memelihara kesehatan
dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan
mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf EhrenfelsHikmah Wudhu.
Ulama Fekah juga menjelaskan
hikmah wudhu sebagai bagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fisik dan rohani.
Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka
termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda
asing termasuk kotoran. Kerena itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus
dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah
wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang
daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba,
dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian
muka.
Berapa orang yang jadi korban
setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan
aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip
mata ini,apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium
hidung ini? Ke mana saja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang
dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota
wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan hingga siku,
dan kaki hingga ujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga
dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan
oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih
dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan
air wudhu dengan kain karena dalam redaksi hadis itu dikatakan bahwa proses
pembersihan itu sampai tetesan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr
al-ma’).
Wudhu dalam
Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya
tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah
(pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan kebasahan
wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu
ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang
yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan,
seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang
diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merusak citra wudhu. Dosa dan
kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wudhu Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim
al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah
S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air
ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau
memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan
berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama
sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka
sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh
tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu
menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah
belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau
membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata:
Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Hadis Riwayat Muslim)
Uraian Hadis Wudhu
Wudhuk yang sempurna akan
mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang
yang mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan
mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran
najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada
sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan)
dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar